Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Tengku Permaisuri Selangor sedia hidangan kuih kapit

Wartawan Sinar Online II  01 MEI 2019

 
       

SEKINCHAN -   Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini berkenan melawat beberapa kawasan pelancongan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sekinchan.

 

Tengku Permaisuri Selangor berangkat bersama kira-kira 20 rombongan yang terdiri daripada saudara-mara, kenalan dan kakitangan Pejabat Sultan Selangor menaiki bas dari kediaman baginda di Bukit Jelutong, Shah Alam ke Sekinchan.

 

Rombongan bertolak kira-kira jam 7.30 pagi dan tiba ke Hotel A Sekinchan jam 9.15 pagi.

 

Selepas menikmati sarapan di Hotel A Sekinchan, baginda bersama rombongannya menuju ke Ah Ma House dan kemudian mengayuh beca berbumbung empat roda sejauh 500 meter dari Tali Air 5 ke kilang memproses padi terbesar Sekinchan, PLS Marketing Sdn Bhd.

 

Dalam lawatan tersebut, Tengku Permaisuri Selangor turut menunjukkan kemahiran menyediakan hidangan kuih kapit di Ah Ma House.

 

Tengku Permaisuri Selangor turut dibantu pekerja Ah Ma bagi menghasilkan kuih kapit yang menjadi tradisi semasa sambutan perayaan masyarakat Cina.

 

Baginda merasai pengalaman menyediakan lebih lima kuih tradisional itu menggunakan acuan besi kuih kapit yang kemudiannya dibakar menggunakan arang.

 

Baginda dijadual melawat kawasan pelancongan dan PKS di Sekinchan sehingga jam 7 petang ini.

 

Tengku Permaisuri Selangorlawatan ke Sekinchan

 


Kemaskini pada 2019-05-02 11:47:11 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page