Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Lupa nak kunci antara sebab kes curi motor meningkat

Wartawan Sinar Online II  29  MAC 2019

 
       

KUALA SELANGOR -  Ada yang lupa kunci motosikal dan ada yang meminjam kenderaan itu tanpa memaklumkan kepada pemilik menjadi faktor peningkatan laporan kes kecurian di daerah ini.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan menjelaskan, kes kecurian direkodkan sering berlaku di Alam Jaya dan Bagan Tengkorak, Tanjong Karang.

 

"Kadar kes kecurian motosikal di daerah ini meningkat kepada 48 kes setakat bulan ini berbanding 37 kes yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

 

"Merujuk rekod, kadar kecurian meningkat kepada 14 kes dan perkara ini perlu diberikan perhatian khususnya pemilik motosikal 'panas' supaya sentiasa berwaspada," katanya.

 

Noor Janihan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengunci kenderaan mereka meskipun hanya untuk ke kedai berhampiran atau meletakkan di hadapan rumah.

 

"Ini kerana, jenayah ini berlaku di mana-mana tak kira di kawasan rumah sekali pun. Jadi penduduk diminta sentiasa peka dan menjaga harta benda dengan baik.

 

"Ada juga kes yang mana pemilik motosikal tidak menyedari ada jiran pinjam tanpa dimaklumkan terlebih dahulu dan jadi kes. Walaupun sudah dipulangkan tapi kes dah direkodkan.

 

" Setakat ini, kes masih terkawal dan pihak polis sentiasa membuat program bersama komuniti setempat bagi menggalakkan perkongsian maklumat dan merapatkan silaturahim," katanya.


Kemaskini pada 2019-03-29 15:47:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page