Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Waris empat bayi dicari

Wartawan Sinar Online II  26 FEBRUARI 2019

 
       

SHAH ALAM -   Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris kepada empat bayi yang diabaikan bagi membantu siasatan.

 

Pegawai Pelindung Kanak-kanak Petaling Jaya, Nor Asmanizah Ahmad menjelaskan, pihaknya giat mengesan ibu kandung kepada Muhammad Huzair yang berusia tiga bulan yang dikenali sebagai Ellies Yusra Nabila Jusoh.

 

“Manakala bagi kes bayi kedua, Suchitren yang berusia tujuh bulan ini ditinggalkan ibu kandungnya dan diserahkan kepada teman lelakinya sejak 15 Ogos lalu.

 

“Ibu kandung Suchitren yang dipercayai warganegara Indonesia gagal dikesan kerana dikatakan pulang ke negaranya dan proses sijil lahir bayi ini tidak dapat diselesaikan,” katanya.

 

Katanya, waris bagi dua lagi bayi perempuan, Fariana Batrisya yang berusia tiga minggu dan Adriana Aisyah berusia dua minggu yang diletakkan di dalam kotak perlindungan bayi turut dicari.

 

“Fariana ini dijumpai di kotak perlindungan bayi di Orphan Care pada 30 Januari lalu dan JKM perlu mengesan ibu kandung atau sesiapa yang boleh memberi maklumat keluarga kandung.

 

“Manakala Adriana pula ditemui di kotak perlindungan bayi pada 10 Februari lalu dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes pembuangan bayi di bawah Seksyen 17(1)© Akta Kanak-Kanak 2001.

 

“Pihak JKM memohon kerjasama semua pihak untuk mengesan waris empat bayi ini supaya membolehkan proses penempatan dan pengangkatan dibuat pada masa akan datang,” katanya.


Kemaskini pada 2019-02-26 09:53:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page