Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Murid nampak ular dalam laci meja

Wartawan Sinar Online II  07 JANUARI  2019

 
       

BATANG KALI -    Seorang murid Tahun Satu terkejut apabila ternampak seekor ular di dalam laci meja di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kuantan dekat sini.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala kubu Bharu,Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, kejadian berlaku pada hari persekolahan Khamis lalu jam 11.53 pagi.

 

Menurutnya,lima anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular jenis tiung berda di laci meja berkenaan.

 

"Murid terbabit memaklumkan kepada guru bahawa tempat duduknya basah dan diarahkan berpindah ke tempat duduk lain yang kering.

 

"Sewaktu berada di tempat duduk baharu,murid itu ternampak seekor ular berada di laci meja.

 

"Guru berkenaan mengarahkan semua murid keluar kelas dan terus menghubungi pihak bomba,"katanya.

 

kmail berkata,pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian memandangkan jarak sekolah tersebut sejauh 25 kilometer dari kuala kubu bharu.

 

menurutnya, anggota berjaya menangkap ular tiung itu menggunakan penjerut sebelum dilepaskan ke habitat asal yang selamat.

 

"Tiada mangsa tercedera dan keadaan dalam bilik darjah selamat selepas pemeriksaan dilakukan,"katanya.

 


Kemaskini pada 2019-01-08 09:50:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page