Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : MDKS tawar hadiah buat pembayar cukai

Wartawan SelangorKini Online II  07 JANUARI  2019

 
       

KUALA SELANGOR -    Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menawarkan hadiah botol air minuman edisi khas kepada orang awam yang menjelaskan bayaran cukai taksiran, bagi tahun 2019.

 

Yang Dipertuanya Rahilah Rahmat berkata, pemberian hadiah edisi khas itu bagi menghargai komitmen dan tanggungjawab pembayarr cukai yang menjelaskan cukai taksiran.

 

“Pembayaran cukai taksiran ini penting kerana hasilnya akan dipulangkan semula melalui perkhidmatan seperti kutipan sampah domestik, pembersihan awam dan kerja penyelenggaraan infrastruktur.

 

“Pada masa sama, ia dapat meningkatkan mutu perkhidmatan MDKS kepada warga daerah Kuala Selangor dalam menyediakan persekitaran perbandaran yang kondusif untuk pembangunan ekonomi hijau, pemeliharaan alam sekitar, warisan sejarah dan kehidupan berkualiti,” katanya dalam kenyataan.

 

Sementara itu, katanya, jumlah cukai taksiran yang berjaya dikutip MDKS, pada 2018 berjumlah hampir RM86 juta.

 

Katanya, kutipan tunggakan cukai taksiran pula sebanyak RM5.09 juta atau 73 peratus daripada sasaran RM7 juta.

 

“Untuk 2019, MDKS menganggarkan kutipan hasil keseluruhan berjumlah RM71 juta dan memperuntukkan belanja pembangunan RM18.05 juta daripada anggaran keseluruhan kutipan hasil,” katanya.


Kemaskini pada 2019-01-08 10:02:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page