Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : 74 penduduk terpaksa pindah

Wartawan Sinar Online II  05 DISEMBER  2018

 
       

KUALA SELANGOR -    Seramai 74 penduduk melibatkan 15 keluarga di Kampung Asahan, di sini, terpaksa dipindahkan hari ini selepas rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat.

 

Dianggarkan 30 rumah penduduk di Lorong Tebu, Lorong Pisang dan Lorong Sawit 2 dan Batu 8, Kampung Asahan terjejas akibat limpahan air sungai berhampiran.

 

image
Antara rumah penduduk yang dinaiki air selepas hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor menjelaskan, mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan selepas pusat pemindahan banjir itu dibuka pada jam 9.30 pagi.

 

 

"Laporan terkini setakat jam 12.40 tengahari tadi, mangsa termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) dan 12 warga emas itu dipindahkan selepas air mulai naik pada jam 8pagi tadi.

 

"Setakat ini cuaca dilaporkan baik dan bantuan asas disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor kepada mangsa banjir," katanya.

 

Kemaskini pada 2018-12-06 09:28:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page