Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Polis masih kesan saksi, waris pejalan kaki

Wartawan Sinar Online II  10 NOVEMBER  2018

 
       

KUALA SELANGOR-  Polis masih mencari saksi bagi kejadian kemalangan maut membabitkan seorang pejalan kaki di hadapan sebuah kilang di KM 37.7 Jalan Klang - Teluk Intan berhampiran Pasir Tuntong.

 

Dalam kejadian jam 6.20 pagi pada 8 November lalu, identiti mangsa yang juga seorang lelaki berbangsa India masih belum dapat dikenalpasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

 

Mangsa dipercayai melintas di hadapan kilang terbabit sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Proton Wira yang datang dari arah Kuala Selangor menghala ke Klang.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab menjelaskan, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Kes ini disiasat Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Inspektor Norasyikin Roslan dan identiti mangsa masih belum dapat dikesan.

 

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan itu diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya kepada Sinar Harian.


Kemaskini pada 2018-11-12 09:19:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page