Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Fokus projek bernilai tinggi di Selangor

Wartawan Sinar Online II  09 NOVEMBER 2018

 
       

KUALA SELANGOR-  Selangor disarankan supaya memfokuskan pembangunan projek yang mampu mencipta nilai tinggi sekali gus menjadi penyumbang terbesar ekonomi negara.

 

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan, kerajaan juga menambahkan peruntukan RM2.55 bilion berbanding RM2.1bilion dalam bajet baru-baru ini.

 

"Pertambahan hampir RM400 juta ini untuk Selangor supaya dapat memberi tumpuan kepada pembangunan projek bernilai tinggi di negeri ini.

 

"Sebelum ini, hanya enam negeri diberikan tumpuan namun selepas perbincangan, Selangor turut diberikan peruntukan kerana menjadi penyumbang terbesar ekonomi negara," katanya.

 

 

Katanya lagi, semua projek pembangunan yang diluluskan sebelum ini juga akan disemak semula bagi memastikan proses yang lebih telus dan terbuka.

 

Ahli Parlimen Gombak menjelaskan, pendekatan itu perlu kerana kerajaan cuba mengurangkan perbelanjaan negara dan menutup ruang ketirisan.

 

"Kerajaan juga akan memberi kuasa mutlak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jabatan audit negara supaya pengurusan dilaksanakan dengan terbuka dan tiada amalan rasuah.

 

"Kuasa mutlak kepada SPRM dan jabatan audit negara supaya pengurusan dilakukan terbuka dan tiada amalan rasuah," katanya

 

Beliau berkata demikian sempena Taklimat Pembangunan Selangor Anjung Utara dan Minum Petang bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

 

Penyampaian Insentif Peduli Rakyat dan Sumbangan Rakyat Daerah Kuala Selangor turut diadakan di ruang parkir Asrama Pusat Seri Tanjong Kuala Selangor, petang tadi.

 


Kemaskini pada 2018-11-12 09:17:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page