Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Gagal bayar sewa, 15 premis disita

Wartawan Sinar Online II  05 OKTOBER 2018

 
       

KUALA SELANGOR-    Gara-gara tidak mengendahkan notis tuntutan bayaran tunggakan sewa, seramai 15 penyewa premis berdepan tindakan tegas dalam operasi sitaan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

 

Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat menegaskan, operasi ini dijalankan selepas notis tuntutan kepada penyewa yang dikeluarkan sebelum ini tidak diendahkan melibatkan tunggakan bayaran antara RM6,606 sehingga RM15,797.

 

“Untuk makluman, kadar sewaan sebuah premis di Astana Alam adalah RM400 sebulan manakala di Jalan Samudera adalah RM500 sebulan malah MDKS juga memberi kelonggaran kepada penyewa.

 

“Penyewa terbabit diberi kelonggaran membuat bayaran tunggakan secara ansuran. Namun, mereka masih gagal memberikan maklum balas dan menjelaskan bayaran ansuran yang dipersetujui,” katanya.


Kemaskini pada 2018-10-05 10:01:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page