Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Berita : Cemas kereta dilanggar bas persiaran

Wartawan Sinar Online II  26 OGOS 2018

 
       

KUALA SELANGOR-   Seorang  kakitangan swasta berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya dilanggar sebuah bas ketika melintas di simpang empat di KM6.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, petang semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Izzatullah Mahazan, 22, yang memandu sebuah kenderaan jenis Nissan Almera dipercayai dalam perjalanan dari arah Kampung Api-Api.

 

Sebaik tiba di simpang empat, pemandu kereta terbabit dipercayai terus melintas bagaimanapun tidak sempat mengelak sebuah bas persiaran yang dikatakan datang dari arah Teluk Intan menghala ke Sepang.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab berkata, mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan di kepala, siku dan kaki kiri itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

"Manakala pemandu bas yang membawa 38 penumpang iaitu rombongan keluarga pengantin itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

 

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kereta milik mangsa mengalami kerosakan di bahagian kiri sisi membabitkan pintu penumpang hadapan dan belakang remuk teruk.

 

"Manakala bahagian depan bas juga remuk. Kes ini masih disiasat Penolong Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuala Selangor, Sarjan Ghufar Basiran.

 

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau terus ke IPD Kuala Selangor untuk membantu siasatan," katanya.


Kemaskini pada 2018-08-27 11:10:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page