Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Enam penjuru rebut kerusi ketua cabang Kuala Selangor

Wartawan Sinar Online II 14 OGOS 2018

 
       

KUALA SELANGOR-   Pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor 2018 yang dijangka berlangsung 29 September depan bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru sekali gus memeriahkan landskap politik daerah ini.

 

Lebih menarik, calon yang hangat diperkatakan, Juwairiya Zulkifli juga dikatakan turut bertanding merebut kerusi ketua cabang dan bakal berdepan pasukan ‘otai’ Keadilan Kuala Selangor.

 

Juwairiya ketika ditemui berkata, pihaknya menyambut baik amalan demokrasi politik yang diamalkan negara bahkan mengalu-alukan anggota dan kepimpinan untuk bertanding bagi pemilihan September nanti.

Menurutnya, pihaknya percaya setiap calon yang bertanding mempunyai kekuatan pasukan masing-masing dan menawarkan khidmat yang terbaik bagi membela kebajikan lebih 13,000 anggota keadilan cabang Kuala Selangor.

 

“Bagi saya, pasukan kami cuba menawarkan kumpulan dan barisan wanita yang terbaik sekali gus mahu menyatupadukan semua anggota serta menguatkan kepimpinan cabang.

“Sebab sebelum ini saya lihat organisasi cabang lemah dan kebajikan anggotanya tidak dibela sebaik mungkin. Cabang ini merangkumi tiga Dun namun kepimpinan terdahulu kurang beri perhatian secara keseluruhan,” katanya.

 

Sudah menjadi hasratnya untuk meneruskan agenda reformasi dan aspirasi parti bagi membawa imej  PH jauh lebih baik dan diterima semua tanpa hati berbelah bagi.

 

“Berkaitan gerak kerja kempen, sekarang ini pasukan saya sudah melaksanakan siri kempen turun padang ke lokasi yang mempunyai anggota yang ramai untuk penerangan mengenai e-voting.

 

“Ini kerana pemilihan nanti menggunakan undian tanpa kertas dan secara digital.  Jadi gerak kerja lebih kuat bagi memberi penerangan supaya mereka tak keliru menggunakan aplikasi baharu ini.

 

“Lokasi pemilihan belum diputuskan lagi tapi sebelum ini, pemilihan diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor,” katanya berkata demikian selepas merasmikan Program Larian Obor Asian Pasific Masters Games di Pusat Pelancongan Bukit Melawati.


Kemaskini pada 2018-08-15 09:31:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page