Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Cincin bakal suami dalam timbunan arang

Wartawan Sinar Online II 13 OGOS 2018

 
       

KUALA SELANGOR- “Memang luluh hati bila tengok semua barang hantaran anak terbakar dan dia tercari-cari cincin bakal suami dalam bekas yang terbakar,” demikian luahan bapa pengantin, Arijan Osman, 50.

 

Menurutnya, sebaik sahaja api berjaya dipadamkan, anak sulungnya, Nurul Ain Izzatti, 25, cuba mencari sisa barang hantaran termasuk cincin bakal suaminya sama ada dapat diselamatkan atau sebaliknya.

 

“Saya nampak dia tak tenang bila tengok rumah terbakar…hati saya pun sebak melihat persiapan kahwin anak musnah sekelip mata termasuk duit belanja untuk Sabtu depan ni.

“Bila api dipadamkan, saya nampak Ain cuba cari cincin hantaran dalam sisa arang sebab dia ingat letak kat tempat mana satu…memang masa cari tu muka dia sedih sangat.

 

“Tapi tak lama selepas tu dia menjerit gembira bila dapat jumpa semula cincin di sebalik timbunan sisa kebakaran tu dan kami bersyukur sangat walaupun ada barang lain tak dapat diselamatkan,” katanya sebak.

 

Kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka yang berusia lebih 45 tahun itu pada Jumaat lalu menyebabkan Arijan sekeluarga terpaksa menumpang di rumah guru tahfiz bersebelahan rumahnya dan majlis perkahwinan diteruskan seperti yang dirancang.

 

Orang ramai yang ingin membantu menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini boleh menyalurkan dana ke akaun Hong Leong Bank 03650500287 Arijan Osman.

 


Kemaskini pada 2018-08-14 15:02:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page