Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Akaun FB palsu guna nama, gambar peribadi Juwairiya

Wartawan Sinar Online II 13 OGOS 2018

 
       

KUALA SELANGOR-  Tular mengenai satu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya, Adun Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli tampil membuat laporan polis.

 

Menurut Juwairiya, pihaknya bimbang tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya dan memberi maklumat palsu kepada orang ramai khususnya penduduk Dun Bukit Melawati.

 

“Saya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung kes ini kerana individu terbabit menggunakan nama dan gambar saya dalam akaun palsu berkenaan.

“Saya menyedari kewujudan akaun palsu itu selepas dimaklumkan rakan dan bila periksa, saya dapati akaun itu menggunakan nama dan gambar peribadi selain ada perbualan yang menceritakan benda tidak baik,” katanya.

 

Juwairiya menegaskan, pihaknya cuba untuk memperbetulkan keadaan dan memaklumkan perkara itu dalam ‘post’ akaun sebenar namun akaun yang sah itu tidak boleh digunakan lagi.

 

“Saya syak ada individu yang berniat jahat dan cuba menjatuhkan reputasi dan imej saya sebagai wakil rakyat Dun Bukit Melawati. Pihak tidak bertanggungjawab ini berkomunikasi lebih 2,000 pengikut dalam akaun itu.

 

“Saya ingin tegaskan bahawa akaun itu palsu dan berharap orang ramai tidak terpedaya,” katanyaBeliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor, tengah hari tadi.

Mengulas lanjut mengenai kewujudan akaun palsu ada kaitan mengenai hasratnya untuk bertanding sebagai kerusi ketua cabang sekali gus bertujuan untuk menjatuhkannya, Juwairiya enggan mengulas lanjut.

 

“Saya sukar nak kaitkan isu akaun palsu ini dengan hasrat untuk bertanding sebagai ketua cabang pada pemilihan yang dijangka akan berlangsung pada September nanti.

“Saya serahkan semuanya untuk siasatan pihak polis dan mohon pihak berkuasa dapat menjalankan tugas sebaiknya bagi mengesan individu yang tidak bertanggungjawab ini,” katanya.


Kemaskini pada 2018-08-15 11:40:55 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page