Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Operasi basmi gagak

Wartawan Sinar Online II 08 OGOS 2018

 
       

KUALA SELANGOR-  Populasi gagak yang semakin banyak di kawasan tumpuan awam menimbulkan kebimbangan penduduk setempat sehingga menyukarkan mereka untuk beriadah.

 

Lebih menyulitkan, najis gagak yang bertaburan sehingga terkena kenderaan pengunjung khususnya di Padang Astaka Tanjong Karang menimbulkan rungutan selain sampah berselerak disebabkan haiwan liar itu.

 

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor, Azman Dahlan menjelaskan, pihaknya mengambil pendekatan melaksanakan operasi menembak gagak bagi mengurangkan populasi haiwan itu.

 

Menurutnya, MDKS tidak terkecuali menerima pelbagai aduan orang awam berkaitan masalah yang ditimbulkan burung gagak yang menjejaskan kebersihan persekitaran.

 

“MDKS mengambil pendekatan menembak burung ini demi menjaga persekitaran dan kesejahteraan awam sekali gus membendung penularan wabak penyakit.

 

“Jika tidak dikawal secara berperingkat, masalah ini akan menimbulkan kacau ganggu di kawasan awam setiap kali haiwan ini berkumpul,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Beliau berkata demikian sempena Operasi Menembak Gagak 2018 di kawasan tumpuan awam di Tanjong Karang, Pusat Perniagaan Taman Bendahara, Bestari Jaya, Ijok, dan Sungai Buloh.


Kemaskini pada 2018-08-10 08:47:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page