Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : Misi menyelamat di cerun bukit

Wartawan Sinar Online II 08 OGOS 2018

 
       

KUALA SELANGOR-  Bukan sahaja mengusung beban mangsa cedera, teknik menyelamat di cerun bukit dengan keadaan tali tergantung dilihat cukup menggerunkan.

 

Bagaimanapun, situasi menyelamat aras tinggi itu mampu memberi kelebihan buat 40 anggota Angkatan Pertahananan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor dan Sabak Bernam dalam misi tidak disangka.

 

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Leftenan Pertahanan Awam (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim menjelaskan, teknik menyelamat itu penting sebagai persiapan jangka masa panjang.

 

“Setiap anggota mestilah mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang bukannya hanya tertumpu kepada ilmu asas menyelamat dan pertolongan cemas semata-mata.

 

“Mereka juga harus mendalami ilmu pengurusan kemalangan jalanraya, memadamkan kebakaran dan menyelamat aras tinggi,” katanya pada sesi latihan selama dua hari di Pusat Pelancongan Bukit Melawati Kuala Selangor.

 

Menurutnya, anggota didedahkan latihan melibatkan penggunaan alat usungan menggunakan teknik aras tinggi, menyelamat di tebing, teknik merentasi bukit dan menyelamat dalam keadaan tali tergantung.

 

“Kami menggunakan khidmat jurulatih APM Klang dan APM Hulu Selangor selain anggota juga mempelajari teknik terbaru seperti ikatan simpulan tali dan bekerja secara berkumpulan dengan tindakan pantas.

 

"Sebagai anggota APM, kami mestilah sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, malah dengan adanya latihan seperti ini kami mampu memperbaiki teknik menyelamat,” katanya.

 


Kemaskini pada 2018-08-10 08:45:18 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page