Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
logo-jata
Laman Web Rasmi

PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA SELANGOR

cekap, telus dan mesra

 

w3c

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

BERITA : LIKM DAN TLDM adakan Program Jiwa Murni, Baik Pulih Jeti Nelayan Bagan Pasir

Wartawan Utusan Online II 24 Mac 2018

 
       

TANJONG KARANG - Kira-kira 100 anggota tetap dan simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berganding bahu bersama nelayan-nelayan tempatan bagi membaik pulih jeti di Kampung Bagan Pasir, di sini hari ini.

Usaha membaikpulih jeti di bawah Program Jiwa Murni itu diadakan bersempena pelaksanaan Gelombang Nelayan Nasional (GNN) Peringkat Negeri Selangor 2018 yang akan dilancarkan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Selangor, esok.

 

Selain membina semula titian sepanjang 30 meter, gotong-rotong itu turut melibatkan kerja-kerja mengecat, menukar bumbung serta membina tanjakan jeti sekaligus memberikan manfaat kepada lebih 60 nelayan tempatan kawasan berkenaan.

 

Sementara itu, Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim ketika berucap merasmikan Program Jiwa Murni di antara LKIM dan TLDM itu menyifatkan usaha tersebut adalah sebahagian daripada pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh kerajaan bagi membantu golongan nelayan selain membentuk kerjasama strategik dalam memastikan keselamatan perairan negara.

 

Malah, beliau Komander Kehormat TLDM itu turut berterima kasih kepada para anggota daripada KD Sultan Abdul Aziz Shah, Pusat Hidrografi Nasional dan KD Sri Klang yang terlibat menjayakan program itu termasuklah kakitangan LKIM serta nelayan-nelayan tempatan.

“Saya amat gembira dengan program ini yang dilihat memberi semangat kepada golongan nelayan. Usaha ini merupakan satu kerjasama unik sekaligus membuktikan komitmen kerajaan dalam membela golongan nelayan.

 

“Malah, usaha ini jelas menunjukkan TLDM, LKIM dengan nelayan berpisah tiada,” ujarnya. Hadir sama dalam program itu ialah Asisten Ketua Staf Operasi dan Eksesais TLDM, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya; Pengarah LKIM Selangor, Kamarudin Sarap dan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor (Penegor), Ab. Aziz Selamat. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-lkim-tldm-adakan-program-jiwa-murni-baik-pulih-jeti-nelayan-bagan-pasir-1.634020#ixzz5Ap2vl5hp 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

 


Kemaskini pada 2018-03-26 11:37:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page